ZIARAH SYAWAL SKUAD PRIHATIN ASNAF MAIPk ZON SELATAN
BIDOR, 8 April 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Skuad Prihatin Asnaf Zon Selatan telah mengadakan ziarah ke rumah seorang asnaf di Kampung Jeram Mengkuang bagi menyantuni golongan asnaf secara lebih dekat dan memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa terbela.
Ziarah tersebut melibatkan Puan Aning binti Ithnin yang tinggal seorang diri setelah suaminya meninggal dunia pada tahun 2023. Beliau tidak mempunyai zuriat dan sedang diuji dengan penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Prihatin dengan keadaan tersebut, MAIPk Cawangan Tapah telah mengambil tindakan segera dengan menyalurkan Bantuan Kecemasan secara sekali gus yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Selatan, Encik Wan Abdul Halim Hafiidz b. Mohd Amin.
Selain itu, MAIPk turut meluluskan Bantuan Kewangan Bulanan bagi meringankan beban perbelanjaan harian beliau. Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Puan Aning Binti Ithnin.
Video : ZIARAH SYAWAL SKUAD PRIHATIN ASNAF MAIPk ZON SELATAN
Video : ZIARAH SYAWAL SKUAD PRIHATIN ASNAF MAIPk ZON SELATAN










