• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News

ZIARAH SYAWAL SKUAD PRIHATIN ASNAF MAIPk ZON SELATAN

BIDOR, 8 April 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Skuad Prihatin Asnaf Zon Selatan telah mengadakan ziarah ke rumah seorang asnaf di Kampung Jeram Mengkuang bagi menyantuni golongan asnaf secara lebih dekat dan memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa terbela.

Ziarah tersebut melibatkan Puan Aning binti Ithnin yang tinggal seorang diri setelah suaminya meninggal dunia pada tahun 2023. Beliau tidak mempunyai zuriat dan sedang diuji dengan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Prihatin dengan keadaan tersebut, MAIPk Cawangan Tapah telah mengambil tindakan segera dengan menyalurkan Bantuan Kecemasan secara sekali gus yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Selatan, Encik Wan Abdul Halim Hafiidz b. Mohd Amin.

Selain itu, MAIPk turut meluluskan Bantuan Kewangan Bulanan bagi meringankan beban perbelanjaan harian beliau. Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Puan Aning Binti Ithnin.

Video : ZIARAH SYAWAL SKUAD PRIHATIN ASNAF MAIPk ZON SELATAN

TAHUKAH ANDA? BAYAR FIDYAH KINI SEMUDAH DI HUJUNG JARI!

Kini urusan membayar fidyah lebih cepat dan efisien tanpa perlu beratur!

Hanya dengan beberapa langkah:

Imbas KOD QR, kira kadar fidyah dan terus buat bayaran secara online

✔ Cepat
✔ Selamat
✔ Tanpa tunai

Selain itu, bayaran juga boleh dibuat secara terus di kaunter MAIPk berhampiran.

🌙 Tunaikan Fidyah, Sempurnakan Ibadah, Jangan bertangguh, laksanakan tanggungjawab anda hari ini.


PROGRAM USAHAWAN FRANCAIS (UPAYA) 2026 KINI DIBUKA

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mempelawa individu yang layak untuk menyertai Program Usahawan Francais (UPAYA) 2026, iaitu sebuah inisiatif pemerkasaan ekonomi yang membuka peluang kepada peserta untuk menceburi bidang perniagaan melalui model francais yang terbukti, tersusun dan berdaya maju.

Kelebihan Program:
✔ Model perniagaan francais yang stabil dan terbukti
✔ Bimbingan keusahawanan secara berstruktur
✔ Peluang menjana pendapatan

Program ini dirangka bagi membantu peserta membina asas perniagaan yang kukuh serta meningkatkan taraf sosioekonomi.

𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻
Sekiranya berminat, lengkapkan pautan google form berikut

https://forms.gle/enmHPBnMfwMq8K1Y8
atau
Boleh terus datang ke lokasi di dalam poster untuk pendaftaran secara terbuka.

📞 Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

019-5711384 (Bahagian Pemerkasaan Asnaf)


DARIPADA ASNAF KE USAHAWAN, MULAKAN LANGKAH ANDA HARI INI

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mempelawa individu yang layak untuk menyertai Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A), iaitu sebuah inisiatif yang dirangka khusus bagi membantu golongan asnaf meningkatkan taraf hidup melalui latihan kemahiran serta bimbingan keusahawanan yang sistematik dan berimpak tinggi.

Apa yang anda akan perolehi?
✔ Bantuan kelengkapan perniagaan
✔ Elaun bulanan disediakan
✔ Bimbingan dan latihan keusahawanan

Program ini membuka peluang kepada peserta untuk membina sumber pendapatan serta keluar daripada kitaran kemiskinan ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻
Bagi yang berminat, sila lengkapkan pautan google form berikut

https://forms.gle/6Xsxqwu8cjmi5e9Y7
📞 Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

019-5711384 (Bahagian Pemerkasaan Asnaf)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.